KATA-KATA ALUAN

Terima Kasih kerana mengunjungi laman sesawang saya. Nama saya Khushairi Aizad Bin Jamalludin. Nama dipanggil Khushairi @ Ejard @ Aizad.  Berasal dari Lembah Keramat, Kuala Lumpur. Laman sesawang ini menceritakan latar belakang penglibatan saya dalam kepimpinan yang sedang saya terajui. 

Saya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Kuala Lumpur. Tujuan laman sesawang ini dibina adalah untuk saya berkongsi ilmu dan pengalaman sepanjang penglibatan dalam kepimpinan badan organisasi. Terus menyokong dan ikuti perkembangan saya di saluran media sosial rasmi Khushairi Aizad Jamalludin.

BIODATA

Khushairi Aizad Bin Jamalludin lahir pada 3hb Disember 1993, hari jumaat, jam 7.01 pagi bertempat di Pusat Rawatan Dr Suhaimi, Kuala Lumpur. Khushairi Aizad dibesarkan di kawasan AU3 Taman Sepakat dan AU5D Lembah Keramat. Khushairi Aizad merupakan anak pertama daripada 4 adik-beradik. Khushairi Aizad amat meminati sukan bola sepak semenjak kecil lagi  ketika berumur 7 tahun (2000) dan bercita-cita ingin menyarung jersi keramat merah kuning (Selangor).

Pada tahun 2013, cita-cita Khushairi Aizad tercapai apabila terpilih mewakil pasukan Negeri Selangor dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja-raja edisi ke-73. Khushairi Aizad memakai jersi nombor nombor 19 iaitu nombor kegemarannya. Seterusnya pada tahun 2014, Khushairi Aizad dapat mewakili pasukan Selangor dalam saingan Piala Presiden bawah 21 tahun dan Sukan Malaysia (SUKMA).

Selepas tamat sebagai kerjaya pemain bola sepak, Khushari Aizad telah memimpin kelab bola sepak iaitu Kelab Bola Sepak AU5’D Lembah Keramat dan Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers.

Sumber gambar: Graduasi Tahun 2016

PENDIDIKAN

Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan (2025 – semasa)
Universiti Kuala Lumpur

Ijazah Sarjana Pengurusan (2021 – 2024)
Universiti Kuala Lumpur

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Teknologi Maklumat (2016)
Universiti Liverpool John Moores

Asasi Perniagaan dan Teknologi Maklumat (2012)
Kolej Antarabangsa YPC

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (2010)
SMK Seri Keramat

SENARAI SIJIL KEMAHIRAN

JAWATAN

Ahli Majlis

Majlis Sukan Wilayah Persekutuan

Presiden

Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers

Presiden

Kelab Bola Sepak AU5’D Lembah Keramat

Timbalan Pengerusi Tetap

MAYC Kebangsaan

Pengerusi

Kelab Belia Taman Setiawangsa

PENGIKTIRAFAN DALAM KEPIMPINAN

NAIB JOHAN

ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) PERINGKAT KEBANGSAAN 2024

JOHAN

ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2024

NAIB JOHAN

ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2023

TOKOH BELIA

SEMPENA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2023

CALON ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI SELANGOR (2018 & 2019)

KEPIMPINAN

Pengurus Bola Sepak Wanita SUKMA Wilayah Persekutuan (2024)

Ahli Parlimen Belia Malaysia (2023-2024)

Ahli Majlis Perundingan Belia Negara (2023-2024)

Ahli Persidangan Belia Wilayah Persekutuan (2024)

ADN Muda Negeri Selangor DUN Hulu Kelang (2025)

INSPIRASI

“Pada pra musim Piala FAM tahun 2015, AirAsia Allstar FC telah mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan PDRM FC yang bermain dalam saingan Liga Super Malaysia. Khushairi Aizad disenaraikan kesebelasan utama dalam pasukan. Ketika itu, YBhg Tan Sri Tony Fernandez hadir menyaksikan perlawanan pasukan AirAsia buat kali pertama.

Selepas tamat perlawanan, YBhg Tan Sri telah mengumumkan Khushairi Aizad sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dan memberi hadiah dua (2) tiket penerbangan ke mana sahaja yang ingin pergi. Kenangan yang amat tidak boleh dilupakan sepanjang bermain bola sepak.”

PENGALAMAN PROGRAM

PERINGKAT ANTARABANGSA

AFF MITSUBISHI ELECTRIC CUP 2022

Sekreteriat (2022)

AFC CUP

Sekreteriat (2022)

CRUYFF LEGACY SUMMIT

Ketua Delegasi Malaysia (2022)

QUEENS PARK RANGERS FC

Ketua Delegasi Malaysia (2022)

ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) PERINGKAT EMAS

Pengurus (2023)

PERINGKAT KEBANGSAAN

PARLIMEN BELIA MALAYSIA WP KUALA LUMPUR

Ahli, Pembahas (2023)

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA

Ahli, Pembahas (2023)

KUALA LUMPUR WOMEN’S SUPER LEAGUE

Pengarah Program (2023 - kini)

LIGA SUPER MALAYSIA

Sekreteriat (2022)

PERLAWANAN AKHIR BOLASEPAK SUKMA

Sekreteriat (2022)

PASUKAN BOLASEPAK WANITA SUKMA WILAYAH PERSEKUTUAN

Pengurus (2024)

HEROES OF THE CRUYFF COURT

Ketua Program (2018 - kini)

CRUYFF COURT MALAYSIA

Sekreteriat (2018 - kini)

PERSATUAN SILAT SENI GERAK RASA MALAYSIA

Setiausaha Agung (2011 - kini)

MAYC KEBANGSAAN

Timbalan Pengerusi Tetap (2025-2027)

PERINGKAT NEGERI

MAYC NEGERI SELANGOR

Exco (2022 - 2024)

PERSATUAN BOLA SEPAK KUALA LUMPUR

Ahli Gabungan (2019 - 2024)

KUALA LUMPUR WOMEN’S FOOTBALL CHAMPIONSHIP

Pengarah Program (2021)

MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Ahli Majlis (2023 - 2025)

PERINGKAT DAERAH/KAWASAN

MAYC SELAYANG

Presiden (2022 - 2024)

MAJLIS BELIA DAERAH GOMBAK

Exco (2022 - 2024)

PENGGERAK BELIA SELANGOR DUN HULU KELANG

Exco (2023)

KELAB BELIA TAMAN SETIAWANGSA

Pengerusi (2023)

PERINGKAT ORGANISASI

KELAB BOLASEPAK AU5'D LEMBAH KERAMAT

Presiden (2016 - kini)

KELAB BOLASEPAK SETIAWANGSA RANGERS

Presiden (2018 - kini)

PERTUBUHAN KEBAJIKAN CAHAYA MUTIARA

Presiden (2019 - kini)

KELAB SUKAN KECERGASAN MUTIARA

Setiausaha (2019 - kini)

PERSATUAN PENDUDUK AU5D LEMBAH KERAMAT

Setiausaha (2018 - kini)

MAJLIS PERWAKILAN PEDUDUK SUB ZON 3 PARLIMEN SETIAWANGSA

Setiausaha (2023-2025)

JAWATANKUASA PERWAKILAN PENDUDUK ZON 3 MPAJ

AJK (2018 - 2020)

PENGALAMAN BERKHIDMAT

PRESIDEN

Khushairi Aizad menjadi Presiden Kelab Bola Sepak semenjak berumur 23 tahun. Mengasas sebuah akademi bola sepak di kawasan AU5D Lembah Keramat pada tahun 2013. Seterusnya, pada tahun 2018 menubuhkan satu lagi kelab bola sepak di kawasan Setiawangsa. Khushairi Aizad merangka perancangan program dan aktiviti untuk kedua kelab bola sepak. Banyak program bola sepak di peringkat akar umbi telah dilaksanakan dari tahun 2013 sehingga kini.

PENGURUS PASUKAN

Khushairi Aizad mempelajari pengurusan kelab bola sepak bermula tahun 2013 apabila mendaftarkan sebuah kelab dinamakan sebagai Kelab Bola Sepak AU5’D Lembah Keramat. Pada tahun 2018 pula, Khushairi Aizad mendaftar satu lagi kelab iaitu Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers. Kedua-dua kelab aktif dalam program bola sepak sehingga kini. Khushairi Aizad menjadi pengurus bagi pasukan Setiawangsa Rangers bawah 16 tahun dan menjuarai Liga AirAsia KL Junior U16. Selain itu, mengurus jadual latihan dan perlawanan bagi semua kategori untuk kedua kelab bola sepak ini.

PEMAIN BOLA SEPAK

Khushairi Aizad mula kerjaya sebagai pemain bola sepak pada umur 20 tahun. Mewakili pasukan Negeri Selangor dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja-raja edisi ke-73 pada tahun 2013. Pada tahun 2014, Khushairi Aizad terpilih mewakili pasukan Selangor bawah 21 tahun dalam Piala Presiden dan Sukan Malaysia (SUKMA) Pada tahun 2015, mewakili pasukan AirAsia AllStar FC dalam saingan Piala FAM. Dan pasukan lain adalah Selangor PKNS dan Emkay-NPNG dalam saingan Liga Super Selangor.

JURULATIH

Mula menjadi jurulatih secara sukarelawan semasa berumur 18 tahun selepas tamat persekolahan dan menjadi pembantu jurulatih pada awal penubuhan Akademi Bola Sepak AU5D Lembah Keramat. Selepas tamat kontrak bersama pasukan AirAsia, Khushairi Aizad menyertai kursus jurulatihan awalan (Lesen D) pada tahun 2016 dan memimpin Akademi Bola Sepak di kawasan AU5D Lembah Keramat sehingga kini. Pada tahun 2019, menjadi jurulatih untuk program Tunas Mentari Setiawangsa Rangers yang melibatkan anak-anak di kawasan PPR Kg Baru Air Panas, Setapak. Khushairi Aizad juga mengajar bagi kategori bola sepak Wanita.

PENGARAH TEKNIKAL

Khushairi Aizad dilantik sebagai Pengarah Teknikal untuk program yang bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan seperti Kejohanan Bola Sepak Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) 9 sebelah (2016 & 2018), Fit Malaysia @ Community (2016, 2018 & 2019), Hari Sukan Negara peringkat Daerah Gombak (2015-2018), Bulan Sukan Negara peringkat Parlimen Setiawangsa (2019). Dan Khushairi Aizad telah dicalonkan dalam Anugerah Perdana Belia Negara peringkat Negeri Selangor pada tahun 2018 dan 2019.

KOORDINATOR

Khushairi Aizad dilantik sebagai Koordinator Pasukan Kuala Lumpur bawah 14 tahun untuk Piala KPM pada tahun 2020. Pada tahun 2021, menjadi Koordinator pasukan Kuala Lumpur bawah 19 tahun untuk Piala Belia. Khushairi Aizad menguruskan latihan bola sepak secara maya menggunakan google meet sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengalaman menguruskan pasukan di peringkat negeri seperti latihan, perlawanan dan mesyuarat memberikan pengalaman yang cukup bermakna.

ZAYAN FM RADIO

Khushairi Aizad, selaku Presiden, ditemu bual di Radio Zayan bersama Encik Hadhari – atau lebih dikenali sebagai Ustaz Bola dalam Segmen Zayan Fit untuk mempromosikan kelab dan program “Setiawangsa Virtual Juggling Challenge”.

KHUSHAIRI AIZAD

IKUTI PERKEMBANGAN SAYA!

Liputan Akhbar Online Tempatan

Liputan Akhbar Tempatan

Liputan Media Elektronik