KATA-KATA ALUAN

Terima Kasih kerana mengunjungi laman sesawang saya. Nama saya Khushairi Aizad Bin Jamalludin. Nama dipanggil Khushairi @ Ejard @ Aizad.  Berasal dari Lembah Keramat, Kuala Lumpur. Laman sesawang ini menceritakan latar belakang penglibatan saya dalam kepimpinan yang sedang saya terajui. 

Saya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di Universiti Kuala Lumpur dan merancang juga untuk sambung di peringkat Doktor Falsafah dalam pengurusan. Tujuan laman sesawang ini dibina adalah untuk saya berkongsi ilmu dan pengalaman sepanjang penglibatan dalam kepimpinan badan organisasi. Terus menyokong dan ikuti perkembangan saya di saluran media sosial rasmi Khushairi Aizad Jamalludin.

BIODATA

Khushairi Aizad Bin Jamalludin lahir pada 3hb Disember 1993, hari jumaat, jam 7.01 pagi bertempat di Pusat Rawatan Dr Suhaimi, Kuala Lumpur. Khushairi Aizad dibesarkan di kawasan AU3 Taman Sepakat dan AU5D Lembah Keramat. Khushairi Aizad merupakan anak pertama daripada 4 adik-beradik. Khushairi Aizad amat meminati sukan bola sepak semenjak kecil lagi  ketika berumur 7 tahun (2000) dan bercita-cita ingin menyarung jersi keramat merah kuning (Selangor).

Pada tahun 2013, cita-cita Khushairi Aizad tercapai apabila terpilih mewakil pasukan Negeri Selangor dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja-raja edisi ke-73. Khushairi Aizad memakai jersi nombor nombor 19 iaitu nombor kegemarannya. Seterusnya pada tahun 2014, Khushairi Aizad dapat mewakili pasukan Selangor dalam saingan Piala Presiden bawah 21 tahun dan Sukan Malaysia (SUKMA).

Selepas tamat sebagai kerjaya pemain bola sepak, Khushari Aizad telah memimpin kelab bola sepak iaitu Kelab Bola Sepak AU5’D Lembah Keramat dan Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers.

Sumber gambar: Graduasi Tahun 2016

PENDIDIKAN

JAWATAN

LATAR BELAKANG PROJEK

KL WOMEN'S FOOTBALL CHAMPIONSHIP

Pertandingan bola sepak wanita dijenamakan sebagai KL Women's Football Championship menjadi perintis liga bola sepak Malaysia untuk golongan wanita.

KELAB BOLA SEPAK
AU5'D LEMBAH KERAMAT

Kelab Bola Sepak AU5’D Lembah Keramat telah ditubuhkan secara rasmi pada 12hb Mac 2013.
Kelab Bola Sepak ini berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia bernombor 6070/2013.

KELAB BOLA SEPAK
SETIAWANGSA RANGERS

Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah ditubuhkan pada 8hb Ogos 2018.
Kelab ini berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia dengan nombor pendaftaran 9570/2018.

IMPIAN

“Saya mempunyai sebuah impian yang masih belum dikecapi iaitu ingin mempunyai fasiliti padang bola sepak yang terbaik. Sukan bola sepak merupakan sukan yang paling saya minati sejak dari kecil lagi. Mewakili pasukan sekolah sehingga pasukan negeri memberikan satu pengalaman yang bermakna dalam kehidupan saya. Semoga impian saya akan tercapai suatu hari nanti.”

IMPIAN

“Saya mempunyai sebuah impian ingin pergi ke luar negara untuk belajar dan melihat budaya bola sepak profesional di Queen Park Rangers. Penubuhan Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers mengambil inspirasi daripada pasukan Queen Park Rangers. Saya akan terus berusaha dan berharap impian ini menjadi kenyataan satu hari nanti.”

INSPIRASI

“Pada pra musim Piala FAM tahun 2015, AirAsia Allstar FC telah mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan PDRM FC yang bermain dalam saingan Liga Super Malaysia. Khushairi Aizad disenaraikan kesebelasan utama dalam pasukan. Ketika itu, YBhg Tan Sri Tony Fernandez hadir menyaksikan perlawanan pasukan AirAsia buat kali pertama.

Selepas tamat perlawanan, YBhg Tan Sri telah mengumumkan Khushairi Aizad sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dan memberi hadiah dua (2) tiket penerbangan ke mana sahaja yang ingin pergi. Kenangan yang amat tidak boleh dilupakan sepanjang bermain bola sepak.”

PENGALAMAN

PRESIDEN

Khushairi Aizad menjadi Presiden Kelab Bola Sepak semenjak berumur 23 tahun. Mengasas sebuah akademi bola sepak di kawasan AU5D Lembah Keramat pada tahun 2013. Seterusnya, pada tahun 2018 menubuhkan satu lagi kelab bola sepak di kawasan Setiawangsa. Khushairi Aizad merangka perancangan program dan aktiviti untuk kedua kelab bola sepak. Banyak program bola sepak di peringkat akar umbi telah dilaksanakan dari tahun 2013 sehingga kini.

PENGERUSI

Khushairi Aizad sebagai pengerusi.

PENGURUS STADIUM

Khushairi Aizad sebagai pengurus stadium.

PENGURUS PASUKAN

Khushairi Aizad mempelajari pengurusan kelab bola sepak bermula tahun 2013 apabila mendaftarkan sebuah kelab dinamakan sebagai Kelab Bola Sepak AU5’D Lembah Keramat. Pada tahun 2018 pula, Khushairi Aizad mendaftar satu lagi kelab iaitu Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers. Kedua-dua kelab aktif dalam program bola sepak sehingga kini. Khushairi Aizad menjadi pengurus bagi pasukan Setiawangsa Rangers bawah 16 tahun dan menjuarai Liga AirAsia KL Junior U16. Selain itu, mengurus jadual latihan dan perlawanan bagi semua kategori untuk kedua kelab bola sepak ini.

PEMAIN BOLA SEPAK

Khushairi Aizad mula kerjaya sebagai pemain bola sepak pada umur 20 tahun. Mewakili pasukan Negeri Selangor dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja-raja edisi ke-73 pada tahun 2013. Pada tahun 2014, Khushairi Aizad terpilih mewakili pasukan Selangor bawah 21 tahun dalam Piala Presiden dan Sukan Malaysia (SUKMA) Pada tahun 2015, mewakili pasukan AirAsia AllStar FC dalam saingan Piala FAM. Dan pasukan lain adalah Selangor PKNS dan Emkay-NPNG dalam saingan Liga Super Selangor.

JURULATIH

Mula menjadi jurulatih secara sukarelawan semasa berumur 18 tahun selepas tamat persekolahan dan menjadi pembantu jurulatih pada awal penubuhan Akademi Bola Sepak AU5D Lembah Keramat. Selepas tamat kontrak bersama pasukan AirAsia, Khushairi Aizad menyertai kursus jurulatihan awalan (Lesen D) pada tahun 2016 dan memimpin Akademi Bola Sepak di kawasan AU5D Lembah Keramat sehingga kini. Pada tahun 2019, menjadi jurulatih untuk program Tunas Mentari Setiawangsa Rangers yang melibatkan anak-anak di kawasan PPR Kg Baru Air Panas, Setapak. Khushairi Aizad juga mengajar bagi kategori bola sepak Wanita.

PENGARAH TEKNIKAL

Khushairi Aizad dilantik sebagai Pengarah Teknikal untuk program yang bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan seperti Kejohanan Bola Sepak Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) 9 sebelah (2016 & 2018), Fit Malaysia @ Community (2016, 2018 & 2019), Hari Sukan Negara peringkat Daerah Gombak (2015-2018), Bulan Sukan Negara peringkat Parlimen Setiawangsa (2019). Dan Khushairi Aizad telah dicalonkan dalam Anugerah Perdana Belia Negara peringkat Negeri Selangor pada tahun 2018 dan 2019.

KOORDINATOR

Khushairi Aizad dilantik sebagai Koordinator Pasukan Kuala Lumpur bawah 14 tahun untuk Piala KPM pada tahun 2020. Pada tahun 2021, menjadi Koordinator pasukan Kuala Lumpur bawah 19 tahun untuk Piala Belia. Khushairi Aizad menguruskan latihan bola sepak secara maya menggunakan google meet sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengalaman menguruskan pasukan di peringkat negeri seperti latihan, perlawanan dan mesyuarat memberikan pengalaman yang cukup bermakna.

PENGANJUR

Khushairi Aizad sebagai penganjur.

ZAYAN FM RADIO

Khushairi Aizad, selaku Presiden, ditemu bual di Radio Zayan bersama Encik Hadhari – atau lebih dikenali sebagai Ustaz Bola dalam Segmen Zayan Fit untuk mempromosikan kelab dan program “Setiawangsa Virtual Juggling Challenge”.

KHUSHAIRI AIZAD

IKUTI PERKEMBANGAN SAYA!

Liputan Akhbar Online Tempatan

Liputan Akhbar Tempatan

Liputan Media Elektronik

HUBUNGI SAYA.