JURULATIH

KELAB BOLA SEPAK AU5’D LEMBAH KERAMAT

(2013 – KINI)

Bola Sepak adalah jiwa Khushairi Aizad. Khushairi Aizad mula menjadi seorang jurulatih ketika berumur 19 tahun. Khushairi Aizad mula mengajar bola sepak untuk kategori kanak-kanak di kawasan AU5D Lembah Keramat. Minat mendalam dalam bidang kejurulatihan diterjemahkan di dalam padang pada setiap minggu. Pada tahun 2013, Khushairi Aizad telah menubuhkan sebuah Akademi Bola Sepak bersama rakan-rakan. Penubuhan Akademi Bola Sepak ini bertujuan untuk mengasah bakat-bakat muda di peringkat akar umbi.

Khushairi Aizad memulakan kerjaya sebagai jurulatih di peringkat akar umbi yang melibatkan pemain yang berumur 6 tahun hingga 12 tahun. Khushairi Aizad mendapat pengalaman apabila diberi tanggungjawab untuk menguruskan Akademi Bola Sepak. Setiap minggu Khushairi Aizad akan menulis dan merekod laporan aktiviti program.

Akademi bola sepak bermula dengan 10 orang kemudian meningkat kepada 40 pemain. Pada tahun 2020, jumlah keseluruhan pemain meningkat sehingga 112 pemain. Khushairi Aizad juga menguruskan 19 jurulatih yang berkhidmat di Akademi Bola Sepak AU5’D Lembah Keramat.

Selain daripada latihan di padang, penerangan teori bola sepak dan sains sukan juga diterapkan dalam Akademi Bola Sepak. Pemahaman bola sepak perlu diterjemahkan di dalam padang dan di luar padang.

Pendedahan kepada pemain dalam kejohanan bola sepak dan perlawanan persahabatan.

GALERI

KEM BOLA ASTRO

(2017)

Pada tahun 2017, Khushairi Aizad dipanggil menjadi Jurulatih untuk Program Kem Bola Astro di padang Plus Subang Jaya. Program ini menghimpunkan ramai pemain-pemain muda di peringkat akar umbi. Khushairi Aizad diberi tugas menerangkan slot di bahagian penyerang. Ini adalah pengalaman baru apabila dapat bekerjasama dengan organisasi yang profesional.

Khushairi Aizad berkongsi ilmu dalam sesi pemilihan Kem Bola Astro bersama pemain-pemain. Ada dikalangan mereka berasal dari Malaysia dan Singapura. Penerangan aspek teknikal amat penting untuk memberi pemahaman kepada semua pemain.

Khushairi Aizad diberi peluang untuk bersama dalam Kem Bola Astro dan dapat berganding dengan jurulatih yang berpengalaman dari luar negara dan dalam negara. Salah satu manfaat dapat dipelajari adalah cara komunikasi dan keyakinan diri untuk berhadapan dengan pemain-pemain yang ramai.

KELAB BOLA SEPAK SETIAWANGSA RANGERS

(2018 – KINI)

KATEGORI KANAK-KANAK

Khushairi Aizad mendapat peluang untuk mengajar pemain-pemain di kawasan PPR Kg Baru Air Panas Setapak dalam program Tunas Mentari Setiawangsa Rangers. Program ini bukan hanya terlibat dalam latihan bola sepak sahaja tetapi mereka juga akan menyertai kelas tuisyen dalam bidang akademik.

KATEGORI WANITA
(BOLA SEPAK PADANG)

Khushairi Aizad menjadi pengasas kepada penubuhan pasukan bola sepak Wanita. Pada peringkat permulaan, Khushairi Aizad telah menjadi jurulatih kepada 28 pemain bola sepak Wanita.

Gambar bersama pemain bola sepak wanita
Setiawangsa Rangers FC

KATEGORI FUTSAL
(WANITA)

Khushairi Aizad juga turut bersama pasukan Futsal Setiawangsa Rangers FC dalam membangunkan futsal di kalangan Wanita.  Penglibatan Wanita dalam sukan futsal akan memberi ruang kepada mereka untuk bermain bola sepak.

Gambar bersama pemain futsal wanita
Setiawangsa Rangers FC