ANUGERAH

“ANUGERAH CEMERLANG WARNA PENUH SEKOLAH” (2009)

SMK SERI KERAMAT

Khushairi Aizad telah menerima Anugerah Cemerlang Warna Penuh Sekolah pada tahun 2009. Khushairi Aizad terlibat dalam aktiviti sehingga mewakili sekolah dalam pertandingan di peringkat Daerah Gombak.

Khushairi Aizad mendapat tempat ke-7 dalam acara Merentas Desa MSSD Gombak dan melayakkan diri mewakili Daerah Gombak ke peringkat Negeri Selangor. Khushairi Aizad menarik diri dari kem MSSD Gombak kerana ingin menumpu pelajaran.

Selain itu, Khushairi Aizad mewakili pasukan SMK Seri Keramat mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Bola Sepak MSSD Gombak dan menjadi salah seorang penjaring untuk pasukan.

“ANUGERAH CEMERLANG PENGURNIAAN PIBG" (2010)

SMK SERI KERAMAT

Khushairi Aizad aktif dalam bidang pengurusan kepimpinan di sekolah apabila dilantik menjadi Exco Kepimpinan Pengawas SMK Seri Keramat. Khushairi Aizad sering membantu guru di sekolah dalam persembahan kompang dan silat sekiranya ada majlis yang dilaksanakan dalam aktiviti sekolah. 

Dalam masa yang sama, Khushairi Aizad menjadi pengacara majlis dalam setiap program yang telah disertainya. Khushairi Aizad juga telah menjadi Yang Dipertua Dewan dalam Pertandingan Perbahasan Bahasa Melayu peringkat Daerah Gombak. Khushairi Aizad juga memimpin sebagai Pengerusi dalam persatuan dan kelab di peringkat sekolah.

“ANUGERAH CEMERLANG BELIA AU5D LEMBAH KERAMAT” (2014)

KELAB BELIA AU5D LEMBAH KERAMAT

Khushairi Aizad menerima Anugerah Cemerlang Belia AU5D Lembah Keramat pada tahun 2014. Khushairi Aizad telah memberi khidmat bakti dalam progam belia di kawasan AU5D Lembah Keramat bermula tahun 2009 sehingga 2014. Pada tahun 2014, Khushairi Aizad telah mewakili pasukan Negeri Selangor bawah 21 Tahun dalam Pertandingan Bola Sepak Piala Presiden dan Sukan Malaysia (SUKMA).

“PENCALONAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI SELANGOR” (2018 & 2019)

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Khushairi Aizad telah dicalonkan dalam Anugerah Perdana Belia Negara peringkat Negeri Selangor pada tahun 2018 dan 2019. Khushairi Aizad telah melaksanakan program belia dan sukan di kawasan AU5D Lembah Keramat dan menghantar laporan dan latar belakang aktiviti untuk membentangkan kepada panel.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah menganjurkan latihan akademi bola sepak pada setiap hari ahad, penganjuran program Fit Malaysia @ Komuniti peringkat Daerah Gombak, Penganjuran Kejohanan Bola Sepak LiSUS 9 Sebelah peringkat Daerah Gombak dan Penganjuran Hari Sukan Negara peringkat Daerah Gombak.

“IKON YAYASAN HASANAH” (2021)

Khushairi Aizad merupakan IKON Yayasan Hasanah dalam program bersama komuniti B40. Khushairi Aizad menjadi Jurulatih dan Pengarah untuk Program Tunas Mentari Setiawangsa Rangers yang menggabungkan konsep Pendidikan dan sukan Bola Sepak. Konsep Pendidikan adalah kelas tuisyen diadakan pada setiap hari Ahad jam 11 pagi hingga 1 petang, manakala latihan bola sepak diadakan pada jam 3 petang hingga 5 petang.

Program ini menggunakan gelanggang futsal Cruyff Court yang diuruskan oleh Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers. Program ini memberi manfaat kepada anak-anak yang tinggal di kawasaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kg Baru Air Panas Setapak.

Program ini memberi galakkan untuk anak-anak belajar sambil bermain. Dan program ini diilhamkan oleh Yang Berhormat Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad selaku Penaung.