UNIVERSITI KUALA LUMPUR
Pada tahun 2021, Khushairi Aizad telah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana dalam pengurusan. Khushairi Aizad mengambil kajian sepenuh masa dalam kursus ini. Tajuk kajian adalah faktor-faktor yang mempengaruhi Pembangunan Bola Sepak Akar Umbi di Malaysia.
Melalui pengalaman selama 10 tahun dalam bidang pengurusan bola sepak, Khushairi Aizad nekad untuk menyambung pengajian untuk menambah ilmu pengetahuan yang lebih tinggi. Khushairi Aizad juga merancang untuk menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah selepas tamat dalam Ijazah Sarjana.
Khushairi Aizad terlibat dalam program pembangunan bola sepak akar umbi di Malaysia. Khushairi Aizad mempunyai Dua (2) Kelab Bola Sepak yang telah diuruskan. Khushairi Aizad terlibat dalam program Suparimau FAM yang terkini.
Dalam kajian pembelajaran ini, antara faktor yang mempengaruhi pembangunan bola sepak akar umbi adalah pengurusan, fasiliti dan mentaliti ibu bapa.
Kajian ini juga mengupas isu-isu semasa dan bagaimana ingin mengatasi masalah yang dihadapi dalam program bola sepak akar umbi. Supervisor dalam program Ijazah Sarjana ini adalaha Dr. Anis dan Co-Supervisor adalah Prof. Farid.