Bola Sepak adalah jiwa Khushairi Aizad. Khushairi Aizad mula menjadi seorang jurulatih ketika berumur 19 tahun. Khushairi Aizad mula mengajar bola sepak untuk kategori kanak-kanak di kawasan AU5D Lembah Keramat. Minat mendalam dalam bidang kejurulatihan diterjemahkan di dalam padang pada setiap minggu. Pada tahun 2013, Khushairi Aizad telah menubuhkan sebuah Akademi Bola Sepak bersama rakan-rakan. Penubuhan Akademi Bola Sepak ini bertujuan untuk mengasah bakat-bakat muda di peringkat akar umbi.
Khushairi Aizad memulakan kerjaya sebagai jurulatih di peringkat akar umbi yang melibatkan pemain yang berumur 6 tahun hingga 12 tahun. Khushairi Aizad mendapat pengalaman apabila diberi tanggungjawab untuk menguruskan Akademi Bola Sepak. Setiap minggu Khushairi Aizad akan menulis dan merekod laporan aktiviti program.
Pada tahun 2017, Khushairi Aizad dipanggil menjadi Jurulatih untuk Program Kem Bola Astro di padang Plus Subang Jaya. Program ini menghimpunkan ramai pemain-pemain muda di peringkat akar umbi. Khushairi Aizad diberi tugas menerangkan slot di bahagian penyerang. Ini adalah pengalaman baru apabila dapat bekerjasama dengan organisasi yang profesional.
Khushairi Aizad berkongsi ilmu dalam sesi pemilihan Kem Bola Astro bersama pemain-pemain. Ada dikalangan mereka berasal dari Malaysia dan Singapura. Penerangan aspek teknikal amat penting untuk memberi pemahaman kepada semua pemain.
Khushairi Aizad mendapat peluang untuk mengajar pemain-pemain di kawasan PPR Kg Baru Air Panas Setapak dalam program Tunas Mentari Setiawangsa Rangers. Program ini bukan hanya terlibat dalam latihan bola sepak sahaja tetapi mereka juga akan menyertai kelas tuisyen dalam bidang akademik.