KELAB BOLA SEPAK

KELAB BOLA SEPAK
SETIAWANGSA
RANGERS

Jawatan: Presiden

Khushairi Aizad telah menjadi Presiden Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers sejak tahun 2018 sehingga kini. Kelab Bolasepak Setiawangsa Rangers telah ditubuhkan pada 8hb Ogos 2018. Kelab ini berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia dengan no pendaftaran 9570/2018.

Kelab ini telah melaksanakan program di peringkat akar umbi dengan menganjur Liga Bolasepak bawah 16 tahun pada tahun 2018. Kelab bolasepak ini juga telah menyertai Liga AirAsia KL Junior, Liga Bola Sepak Kuala Lumpur dan Liga Futsal KSL.

Kelab bola sepak ini telah berdaftar di bawah Piagam Suparimau FAM sebagai Ahli Gangsa. Kelab bola sepak ini menjadi Ahli Gabungan kepada Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur. Kini, kelab bola sepak ini mempunyai sebanyak 9 kategori pasukan yang mengumpulkan seramai 250 pemain.

KELAB BOLA SEPAK
AU5’D LEMBAH KERAMAT

Jawatan: Presiden

Khushairi Aizad telah menjadi Presiden Kelab Bola Sepak AU5’D Lembah Keramat sejak tahun 2016 sehingga kini. Kelab Bola Sepak AU5’D Lembah Keramat telah ditubuhkan secara rasmi pada 12hb Mac 2013.

Kelab Bola Sepak ini berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia bernombor 6070/2013.

Kelab bola sepak ini telah mewujudkan akademi bola sepak yang bermula umur seawal 6 tahun hingga 16 tahun yang terdiri daripada kategori U8, U10, U12, U14, & U16.

Pada tahun 2021, jumlah keseluruhan pemain akademi bola sepak seramai 112 pemain. Kelab bola sepak ini telah berdaftar di bawah Piagam Suparimau FAM sebagai Ahli Gangsa. Kelab Bola Sepak ini ditubuhkan bertujuaan untuk melahirkan pemain bola sepak yang berilmu dan berbakat.