PERSATUAN SILAT

PERSATUAN SILAT SENI GERAK RASA MALAYSIA

Jawatan: Setiausaha Agung

Khushairi Aizad telah memegang jawatan Setiausaha Agung semenjak tahun 2011 sehingga kini. Persatuan Silat Seni Gerak Rasa Malaysia telah ditubuhkan pada 18hb Jun 2002 dengan nombor pendaftaran PPM-013-14-18062002.

Persatuan ini aktif dalam menjalankan aktiviti latihan persilatan di kawasan Lembah Keramat. Tujuan persatuan ini ditubuhkan adalah untuk membentuk jati diri ahli dengan menghayati ilmu seni silat Melayu yang perlu diperkasakan.

Antara program yang telah diadakan adalah persembahan silat di majlis-majlis, Mesyuarat Agung Tahunan, dan lain-lain.

PERSEMBAHAN PERSATUAN SILAT SENI GERAK RASA MALAYSIA