SYARIKAT

JR AIZAD ENTERPRISE

Jawatan: Pengarah Urusan

JR AIZAD ENTERPRISE telah ditubuhkan pada 18hb Ogos 2015. Bidang perniagaan adalah membekal dan menjual barangan. Tujuan ditubuhkan adalah untuk mula mencari sumber pendapatan dalam bentuk perniagaan selepas tamat kontrak sebagai Pemain Bola Sepak bersama pasukan AirAsia Allstar FC.

Khushairi Aizad telah diumumkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan oleh YBhg. Tan Sri Tony Fernandez dan diberi dua tiket penerbangan ke mana sahaja yang boleh pergi menggunakan kapal terbang AirAsia. Khushairi Aizad mengambil peluang ini untuk pergi ke negara China untuk belajar cara memborong barang-barang di sana.

Khushairi Aizad terlebih dahulu menyertai kursus usahawan borong untuk menambahkan ilmu pengetahuan sebelum pergi ke negara China. Kursus ini amat membantu dan memberi tunjuk ajar bagaimana ingin menjadi usahawan. Khushairi Aizad menyasarkan barangan kasut untuk menjadi produk pertama dalam perniagaan ini.

Selepas itu, Khushairi Aizad pergi ke China di kawasan Guangzhou untuk meneroka ilmu borong di sana. Banyak pengalaman yang telah Khushairi Aizad perolehi apabila berhubung dengan pembekal daripada negara China.

Khushairi Aizad telah berdaftar sebagai pembekal secara rasmi di negara China dan mempunyai nombor penghantaran barangan dari China ke Malaysia. Khushairi Aizad telah meluaskan rangkaian perniagaan di dalam negara dan di luar negara.

Pada tahun 2021, Khushairi Aizad telah bertukar bidang apabila mula berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan menumpukan kepada produk tempatan, perkhidmatan konsultan dan sebagai kontraktor pembekalan.

SETIAWANGSA RANGERS GLOBAL

Jawatan: Pengarah Urusan

Setiawangsa Rangers Global telah ditubuhkan pada 21hb Januari 2020 dengan no pendaftaran 003071727-M. Bidang perniagaan adalah menguruskan majlis, mengurus padang bola sepak, menjual barangan cenderahati dan kosultan pengurusan bola sepak. Perancangan masa hadapan untuk membina padang bola sepak tiruan dan menjadikan sewaan penggunaan padang sebagai perniagaan utama dalam syarikat.

Khushairi Aizad telah mendapat tanah untuk membangunkan padang bola sepak tiruan di Bukit Antarabangsa, Ampang Selangor. Ini adalah peluang untuk buktikan bahawasanya Setiawangsa Rangers mampu menjana pendapatan melalui penyewaan padang kepada orang ramai. Apabila padang sudah siap, pelbagai projek dan program boleh diadakan untuk melibatkan lebih ramai penyertaan di padang bola sepak tiruan ini.