PERTUBUHAN KEBAJIKAN
CAHAYA MUTIARA
Jawatan: Pengerusi
Khushairi Aizad telah menjadi Pengerusi semenjak tahun 2019 sehingga kini. Pertubuhan Kebajikan Cahaya Mutiara ditubuhkan secara rasmi pada 21hb Jun 2019. Pertubuhan ini berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dengan nombor pendaftaran PPM-003-14-21062019.
Tujuan pertubuhan ini ditubuhkan adalah untuk membantu masyarakat dalam aspek kebajikan yang terdiri daripada golongan asnaf, anak yatim, fakir miskin, dan ibu tunggal.
Pertubuhan ini memainkan peranan sebagai pengantaraan di antara penyumbang kepada penerima sumbangan. Selain itu, pertubuhan ini juga menganjurkan program Ibadah Fardhu Ain, Sukan dan Rekreasi dan kursus motivasi dan kepimpinan.