PERTUBUHAN KEBAJIKAN

PERTUBUHAN KEBAJIKAN
CAHAYA MUTIARA

Jawatan: Pengerusi

Khushairi Aizad telah menjadi Pengerusi semenjak tahun 2019 sehingga kini. Pertubuhan Kebajikan Cahaya Mutiara ditubuhkan secara rasmi pada 21hb Jun 2019. Pertubuhan ini berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dengan nombor pendaftaran PPM-003-14-21062019.

Tujuan pertubuhan ini ditubuhkan adalah untuk membantu masyarakat dalam aspek kebajikan yang terdiri daripada golongan asnaf, anak yatim, fakir miskin, dan ibu tunggal.

Pertubuhan ini memainkan peranan sebagai pengantaraan di antara penyumbang kepada penerima sumbangan. Selain itu, pertubuhan ini juga menganjurkan program Ibadah Fardhu Ain, Sukan dan Rekreasi dan kursus motivasi dan kepimpinan.

Objektif Pertubuhan Kebajikan Cahaya Mutiara adalah:

1. Mendorong serta menggalakan pertubuhan pergaulan yang sihat, perpaduan, persahabatan dan mengekalkan perasaan mahabbah di kalangan ahli persatuan serta memupuk semangat kekeluargaan di kalangan ahli, keluarga dan masyarakat.

2. Mengadakan program-program kebajikan, riadah dan aktiviti sosial bagi memperkukuhkan ikatan ukhuwah dan silaturahim di kalangan ahli, keluarga ahli dan masyarakat.

3. Memupuk kemesraan, keharmonian dan toleransi di kalangan ahli.

4. Menjadi pengantaraan di antara penyumbang kepada penerima sumbangan.