BIODATA

BIODATA KHUSHAIRI AIZAD

Khushairi Aizad Bin Jamalludin lahir pada 3hb Disember 1993, hari jumaat, jam 7.01 pagi bertempat di Pusat Rawatan Dr Suhaimi, Kuala Lumpur. Khushairi Aizad tinggal di Kawasan AU3 Taman Sepakat dan AU5D Lembah Keramat.

Khushairi Aizad, anak pertama daripada 4 adik-beradik, merupakan seorang graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Perniagaan Dan Teknologi Maklumat.

Kini sedang melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana di Universiti Kuala Lumpur. Berkecimpung dalam kepimpinan sejak di bangku sekolah lagi apabila dilantik sebagai Pengawas dan Pengerusi untuk beberapa persatuan di sekolah. Selepas waktu persekolahan, Khushairi Aizad aktif dalam penglibatan persatuan (NGO) dan kelab bola sepak.

Khushairi Aizad menubuhkan dua (2) kelab bola sepak iaitu Kelab Bola Sepak AU5’D Lembah Keramat pada 2013 dan Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers pada 2018.

Kedua kelab bola sepak ini masih aktif dalam penganjuran aktiviti dan program sehingga kini. Khushairi Aizad diberi penghargaan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi Piagam SupaRimau apabila kedua kelab bola sepak yang telah ditubuhkan mendapat Ahli Gangsa dalam piagam tersebut. Semangat dari tahun 2013 hingga kini dalam program pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi akan tetap diteruskan.

Kelab Bola Sepak AU5’D Lembah Keramat telah ditubuhkan secara rasmi pada 12hb Mac 2013. Kelab Bola Sepak ini berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia bernombor 6070/2013. Khushairi Aizad merupakan Presiden kelab.

Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah ditubuhkan pada 8hb Ogos 2018. Kelab ini berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia dengan nombor pendaftaran 9570/2018. Khushairi Aizad merupakan Presiden kelab.

Khushairi Aizad telah dicalonkan dalam Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Selangor tahun 2018 dan 2019.

KERJAYA BOLA SEPAK

Khushairi Aizad pernah mewakili pasukan Selangor dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja-raja (2013 – 2015). Pencapaian melayakkan pasukan Selangor sehingga ke peringkat Separuh Akhir. Selain itu, Khushairi Aizad juga mewakili pasukan Selangor Bawah 21 Tahun bermain di saingan Piala Presiden (2014) dan Sukan Malaysia (2014).

Khushairi Aizad merupakan penjaring terbanyak bagi pasukan Selangor bawah 21 Tahun yang mencetak sebanyak 6 gol. Seterusnya, pada tahun 2015, Khushairi Aizad mewakili pasukan AirAsia AllStar FC dalam saingan Liga FAM/Piala FAM. 

Khushairi Aizad mendapat Pemain Terbaik Perlawanan apabila YBhg. Tan Sri Tony Fernandez mengumumkan selepas tamat perlawanan pra musim menentang pasukan PDRM FC. Khushairi Aizad juga merupakan penjaring pertama pasukan AirAsia Allstar FC dalam saingan Liga FAM/Piala FAM. Khushairi Aizad juga pernah mewakili pasukan Selangor PKNS (2016) dan Emkay-NPNG dalam saingan (2017-2018) dalam saingan Liga Super Selangor.

Selepas tamat kerjaya sebagai pemain bola sepak,

Khushairi Aizad menyertai kursus-kursus seperti jurulatih bola sepak, kepimpinan, pemasaran digital dan lain-lain lagi. Melalui kursus ini Khushairi Aizad dapat berkongsi ilmu kepada orang ramai dalam aspek sukan bola sepak dan kepimpinan. Khushairi Aizad terlibat dalam program kepimpinan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan berjaya menganjurkan beberapa program antaranya Kejohanan Bola Sepak LiSUS Peringkat Daerah Gombak (2016 & 2018), Fit Malaysia @ Community (2016, 2018, & 2019), Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Gombak (2015-2018), Bulan Sukan Negara Peringkat Parlimen Setiawangsa (2019).

IKON Yayasan Hasanah

Khushairi Aizad merupakan IKON Yayasan Hasanah dalam program bersama komuniti B40. Khushairi Aizad menjadi Jurulatih dan Pengarah untuk Program Tunas Mentari Setiawangsa Rangers yang menggabungkan konsep Pendidikan dan sukan Bola Sepak. Konsep Pendidikan adalah kelas tuisyen diadakan pada setiap hari Ahad jam 11 pagi hingga 1 petang, manakala latihan bola sepak diadakan pada jam 3 petang hingga 5 petang.

Program ini memberi manfaat kepada anak-anak yang tinggal di kawasaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kg Baru Air Panas Setapak. Program ini memberi galakkan untuk anak-anak belajar sambil bermain. Dan program ini diilhamkan oleh Yang Berhormat Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad selaku Penaung.