PEMAIN BOLA SEPAK

KELAB BOLA SEPAK AU5’D LEMBAH KERAMAT

Semasa kecil, Khushairi Aizad berlatih dan bermain bola sepak di kawasan AU3 Taman Sepakat dan AU5D Lembah Keramat. Ketika berumur 18 tahun, Khushairi Aizad menyertai pasukan dari kawasannya iaitu Kelab Bola Sepak AU5’D Lembah Keramat.

Pasukan itu bermain di Liga Sosial Damansara dan melalui pendedahan liga ini dapat mencungkil bakat Khushairi Aizad. Kelab Bola Sepak AU5’D Lembah Keramat ditubuhkan bersama rakan-rakan yang telah bermain bola sepak sejak kecil lagi.

KELAB BOLA SEPAK PUTRA KLANGGATE

Bersama Coach Ruslan (Gambar 2011)

Pada tahun 2011 hingga 2013, Khushairi Aizad telah menyertai pasukan Kelab Bola Sepak Putra Klang Gate yang bermain di Liga Perdana Selangor. Khushairi Aizad bermain untuk 2 musim bersama pasukan ini. Pasukan ini diterajui oleh Coach Ruslan atau dipanggil Pak Lan. Coach Ruslan seorang yang mempunyai prinsip dan semangat untuk mengasah bakat-bakat pemain muda.

Beliau banyak memberi kata-kata motivasi kepada pemain untuk meningkatkan cara bermain dan memberikan hala tuju kepada pemain untuk pergi lebih jauh sebagai seorang pemain bola sepak. Pasukan ini banyak membantu Khushairi Aizad mengembangkan bakat untuk ke peringkat lebih tinggi.

SELANGOR PIALA EMAS RAJA-RAJA

LOGO PIALA EMAS RAJA-RAJA

LOGO PASUKAN SELANGOR

Pasukan Selangor Piala Emas Raja-raja
Tahun 2013

Pasukan Selangor Piala Emas Raja-raja
Tahun 2014

Pasukan Selangor Piala Emas Raja-raja
Tahun 2015

Aksi Khushairi Aizad mewakili pasukan Selangor ketika menentang pasukan Terengganu

Pada tahun 2013 sehingga 2015, Khushairi Aizad telah mewakili pasukan Negeri Selangor dalam saingan Kejohanan Piala Emas Raja-raja. Kejohanan ini berlangsung secara karnival pada hujung tahun selepas tamat Piala Malaysia. Khushairi Aizad memakai jersi bernombor 19 untuk ketiga musim ini. Khushairi Aizad bermain di posisi pemain sayap kanan.

Pada Tahun 2013, Pasukan Selangor telah melayakkan diri sehingga ke peringkat Separuh Akhir. Pada tahun 2014, Selangor telah melayakkan diri sehingga ke Suku Akhir. Pada tahun 2015, Selangor hanya bersaing di peringkat kumpulan.

Kejohanan ini adalah batu loncatan Khushairi Aizad untuk mengembangkan bakat ke peringkat lebih tinggi. Selepas tamat kejohanan pada tahun 2013, Khushairi Aizad telah dihubungi oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk hadir ke sesi pemilihan bagi persediaan menghadapi saingan Piala Presiden tahun 2014.

SELANGOR PIALA PRESIDEN

LOGO PIALA PRESIDEN

 LOGO PASUKAN SELANGOR

Selepas tamat Kejohanan Piala Emas Raja-raja pada tahun 2013, Khushairi Aizad dihubungi oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk hadir ke sesi pemilihan Pasukan Selangor bawah 21 Tahun. Pasukan ini akan bermain di saingan Piala Presiden tahun 2014. Khushairi Aizad terpilih mewakili pasukan Selangor bawah 21 tahun dan menyertai perlawanan Pra Musim di Kuala Lumpur dan Perak.

Gambar Khushairi Aizad
(Piala Presiden, 2014)

Ketua Jurulatih Pasukan Selangor bawah 21 tahun adalah Encik Adam Abdullah manakala Penolong Jurulatih adalah Encik Yogeswaran. Khushairi Aizad bersama rakan sepasukan yang lain seperti di gambar Abdul Gafur, Ibrahim Syaihul, Mon, Syafieq, Rizman, Sara dan lain-lain. Pendedahan di peringkat negeri adalah sangat bermakna apabila mendapat pengalaman beraksi melawan pasukan negeri lain.

Dalam saingan Piala Presiden tahun 2014, Khushairi Aizad bermain di posisi sayap menjadi salah seorang penjaring terbanyak bagi pasukan Selangor bawah 21 tahun dengan 6 jaringan. Jaringan ini dikongsi bersama Ibrahim Syaihul iaitu penyerang pasukan. Pasukan Selangor hanya menduduki tempat keenam daripada 18 perlawanan dan hanya bersaing dalam saingan kumpulan.

Bermain untuk pasukan Selangor adalah cita-cita Khushairi Aizad sejak kecil lagi. Impian Khushairi Aizad bermain di Stadium Shah Alam tercapai apabila pertama kali bermain mewakili pasukan Selangor menentang pasukan Kelantan. Khushairi Aizad menjaringkan 1 gol untuk pasukan Selangor dan itu merupakan jaringan pertama bermain di Stadium Shah Alam.

SELANGOR SUKAN MALAYSIA (SUKMA)

LOGO SUKMA MALAYSIA

Seramai 20 pemain telah dipilih mewakili pasukan Selangor ke Sukan Malaysia (SUKMA) di perlis pada tahun 2014. Selangor diletakkan di dalam kumpulan bersama pasukan Melaka, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Beberapa pemain daripada skuad Piala Presiden dikekalkan dan beberapa muka baharu bersama pasukan Selangor.

Ibrahim Syaihul dan Khushairi Aizad merupakan bekas pelajar SMK Seri Keramat dan pernah bermain bersama pasukan sekolah dalam Pertandinggan Bola Sepak MSSD Gombak.

Khushairi Aizad ketika di kem SUKMA Selangor.

SELANGOR AIRASIA ALLSTAR FC LIGA FAM

LOGO LIGA FAM

LOGO AIRASIA ALLSTAR FC

Pada tahun 2015, Khushairi Aizad telah mewakili pasukan AirAsia Allstar FC yang bermain dalam saingan Liga FAM. Sebelum ini, pasukan AirAsia Allstar FC bermain dalam saingan Liga Selangor. Merujuk gambar di atas, YBhg. Tan Sri Tony Fernandez buat kali pertama telah hadir ke sesi perlawanan pra musim pasukan di padang Pulapol PDRM, Kuala Lumpur. Khushairi Aizad telah disenaraikan kesebelasan utama menentang pasukan PDRM Liga Super.

YBhg. Tan Sri Tony Fernandez memberikan kata-kata semangat sebelum perlawanan bermula. Ini kali pertama bersemuka dengan para pemain.

Khushairi Aizad telah diumumkan oleh YBhg. Tan Sri Tony Fernandez sebagai Pemain Terbaik perlawanan dan memenangi 2 tiket penerbangan AirAsia.

Jaringan pertama Khushairi Aizad bersama pasukan AirAsia Allstar FC ketika menentang pasukan Harimau Muda C dalam saingan Liga FAM 2015.

Gambar Khushairi Aizad bersama
Pasukan AirAsia Allstar FC

Aksi Khushairi Aizad dalam perlawanan

SELANGOR PKNS LIGA SUPER SELANGOR

LOGO SELANGOR PKNS

Pada tahun 2016, Khushairi Aizad telah menyertai pasukan Selangor PKNS FC yang bermain dalam saingan Liga Super Selangor. Khushairi Aizad bermain di posisi sayap. Pasukan Selangor PKNS FC telah mendapat Naib Juara Liga dan Piala FA. Khushairi Aizad telah menjaring 4 gol bersama pasukan PKNS. Ketua Jurulatih adalah Encik Rashid dan Penlong Jurulatih adalah Encik Nordin. Pasukan ini mempunyai semangai kekeluargaan yang erat di kalangan pemain dan pasukan ini mempunyai fasiliti yang sangat baik.

Gambar Khushairi Aizad bersama pasukan Selangor PKNS FC

EMKAY-NPNG LIGA SUPER SELANGOR

LOGO EMKAY-NPNG

Pada hujung tahun 2017, Khushairi Aizad telah menyertai pasukan Emkay-NPNG yang bermain dalam saingan Liga Super Selangor. Pasukan ini telah menjuarai Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super Selangor. Pasukan ini mempunyai kekuatan dari segi kombinasi para pemain. Kebanyakkan mereka adalah bekas pemain bola sepak professional sebelum ini bermain di Liga Malaysia. Pasukan ini mempunyai saingan sihat yang baik untuk merebut tempat kesebelasan utama dengan mempunyai kualiti pemain yang banyak.

Gambar Khushairi Aizad bersama pasukan Emkay-NPNG FC