IJAZAH SARJANA MUDA

UNIVERSITI LIVERPOOL JOHN MOORES

Pada tahun 2012, Khushairi Aizad telah diterima melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda selepas berjaya melepasi di peringkat Asasi. Program Ijazah Sarjana Muda ini dalam pengurusan perniagaan dan teknologi maklumat.

Program ini mengambil masa selama 4 tahun untuk menghabiskan pembelajaran. Program Ijazah Sarjana ini daripada Universiti Liverpool John Moores dengan kerjasama Kolej Antarabangsa YPC. Program ini berada di Taman Melati, Kuala Lumpur.

Tajuk projek akhir tahun yang telah dihantar adalah membina laman sesawang untuk syarikat baharu menggunakan kaedah tempahan dalam talian. Supervisor dalam progam Ijazah Sarjana Muda ini adalah Miss Shima dan Co-Supervisor adalah Miss Lily.

Khushairi Aizad telah mendapat keputusan kelas kedua atas dalam pembelajaran ini. Pada tahun 2015, Khushairi Aizad telah tamat pembelajaran dan graduasi telah berlangsung pada tahun 2016.