PENGURUS

KELAB BOLA SEPAK AU5’D LEMBAH KERAMAT

Khushairi Aizad menguruskan pentadbiran kelab ini dari awal sehingga akhir. Khushairi Aizad akan berhubung dengan ibubapa untuk memastikan anak-anak mereka hadir ke sesi latihan atau perlawanan.

Khushairi Aizad juga akan memastikan pendedahan pemain ke perlawanan persahabatan atau kejohanan bola sepak berjalan dengan lancar. Selain itu, Khushairi Aizad akan berhubung dengan pasukan pihak lawan dan penganjur untuk menghantar pasukan. Khushairi Aizad juga menyediakan laporan bagi setiap program dan aktiviti yang telah dijalankan.

KELAB BOLA SEPAK SETIAWANGSA RANGERS

Pada permulaan penubuhan kelab bola sepak ini, Khushairi Aizad menjadi pengurus untuk menguruskan pasukan bawah 16 tahun yang bermain dalam saingan Liga AirAsia KL Junior.

Khushairi Aizad bersama pasukan Setiawangsa Rangers bawah 16 tahun.

Khushairi Aizad bersama ibu bapa kepada pemain.
Khushairi Aizad menguruskan jadual perlawanan dan memaklumkan kepada ibu bapa.

Khushairi Aizad bersama pasukan Setiawangsa Rangers FC bawah 16 tahun yang menjuarai Liga AirAsia KL Junior.

Khushairi Aizad menguruskan Majis Penghargaan dan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Jurulatih dan pemain-pemain.