IMPIAN

Semasa kecil saya bercita-cita ingin mempunyai fasiliti padang bola sepak yang baik.

Saya amat meminati sukan bola sepak sejak berumur 6 tahun lagi. Apabila mewakili pasukan sekolah sehingga ke peringkat Negeri, banyak padang yang telah saya bermain. Dan saya berfikir satu hari nanti akan mempunyai satu padang bola sepak sendiri yang boleh menjana pendapatan dan membentuk sebuah kelab bola sepak yang hebat pada masa akan datang.

Pada tahun 2018, saya diberi tanggungjawab untuk mengurus Dua(2) gelanggang futsal Cruyff Court di kawasan PPR Seri Semarak dan PPR Kg Baru Air Panas. Saya telah menyertai Kursus Heroes of the Cruyff Court yang telah dianjurkan oleh pihak Yayasan Hasanah. Saya amat teruja untuk menimba pengalaman ini kerana gelanggang ini mempunyai padang tiruan yang amat baik. Ini adalah sumber inspirasi untuk merealisasikan impian saya.

Impian

Saya mempunyai sebuah impian yang masih belum dikecapi iaitu ingin mempunyai fasiliti padang bola sepak yang terbaik. Sukan bola sepak merupakan sukan yang paling saya minati sejak dari kecil lagi. Mewakili pasukan sekolah sehingga pasukan negeri memberikan satu pengalaman yang bermakna dalam kehidupan saya. Semoga impian saya akan tercapai suatu hari nanti.

Impian

Saya mempunyai sebuah impian ingin pergi ke luar negara untuk belajar dan melihat budaya bola sepak profesional di Queen Park Rangers. Penubuhan Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers mengambil inspirasi daripada pasukan Queen Park Rangers. Saya akan terus berusaha dan berharap impian ini menjadi kenyataan satu hari nanti.