PRESIDEN

Khushairi Aizad menjadi Presiden Kelab Bola Sepak semenjak berumur 23 tahun. Mengasas sebuah akademi bola sepak di kawasan AU5D Lembah Keramat pada tahun 2013. Seterusnya, pada tahun 2018 menubuhkan satu lagi kelab bola sepak di kawasan Setiawangsa. Khushairi Aizad merangka perancangan program dan aktiviti untuk kedua kelab bola sepak.

(Gambar 2018)

(Gambar 2020)

Pada tahun 2016, Khushairi Aizad telah dilantik Pengarah Teknikal Program Hari Sukan Negara Peringkat Parlimen Gombak. Khushairi Aizad bersama rakan-rakan bekerjasama menjayakan program tersebut yang telah mendapat sambutan. Selepas beberapa hari tamat program tersebut, Kelab Bola Sepak AU5’D Lembah Keramat telah bermesyuarat melantik Khushairi Aizad sebagai Presiden untuk penggal kedua.

Pada tahun 2013 sehingga 2015, Khushairi Aizad menjadi Bendahari kelab. Kini, Khushairi Aizad menerajui kepimpinan Kelab Bola Sepak AU5’D Lembah Keramat bermula tahun 2016 sebagai Presiden dan memimpin seramai 20 Jurulatih dan 112 pemain bola sepak kanak-kanak yang terdiri daripada umur bawah 8 tahun, 10 tahun dan 12 tahun. Latihan akademi bola sepak yang telah diadakan pada setiap hari ahad jam 8 pagi sehingga 10 pagi bertempat di Padang AU5D Lembah Keramat.

Khushairi Aizad dibantu oleh Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Khairul, Fazrul Izwan, Syukri, Sharil dan Khairul Nazrin. Semua Ahli Jawatankuasa adalah anak jati kawasan AU5D Lembah Keramat. Penubuhan Kelab Bola Sepak AU5’D Lembah Keramat juga hasil usaha bersama untuk menjayakan program pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi. Semangat setia kawan kekal dari dahulu sehingga kini.

Pada tahun 2018, Khushairi Aizad telah menubuhkan satu lagi kelab iaitu Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers dan dilantik sebagai Presiden. Khushairi Aizad telah merancang dan membentangkan program pembangunan bola sepak kepada Penaung dan Ahli Jawatankuasa yang lain. Objektif penubuhan kelab ini adalah untuk melahirkan pemain bola sepak yang berilmu dan berbakat. Kelab bola sepak ini perlu bersama komuniti setempat untuk menggalakkan mereka terlibat dalam pembangunan sukan bola sepak di kawasan Setiawangsa.

Yang Berhormat Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa merangkap Penaung Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah melancarkan pasukan bola sepak yang akan bergerak aktif di kawasan Setiawangsa. Minat mendalam dalam sukan bola sepak, Khushairi Aizad dan YB Nik Nazmi bekerjasama bagi merealisasikan pembangunan bola sepak di Setiawangsa.

Khushairi Aizad telah memimpin kelab ini dari tahun 2018 sehingga kini yang telah membentuk 9 kategori pasukan antaranya pasukan U8, U10, U12, U14, U16, Futsal Lelaki, Futsal Wanita, Bola Sepak Lelaki, dan Bola Sepak Wanita. Dalam masa yang sama, Khushairi Aizad menjadi pengarah program Tunas Mentari Setiawangsa yang menggabungkan konsep pendidikan dan sukan bola sepak di kawasan PPR Kg Baru Air Panas, Setapak.